Tempahan Kubur

Proses Kerja Tempahan Kubur Di Tanah Perkuburan Jelutong
PihakProses Kerja
Pemohon
  • Mengemukakan dokumen seperti berikut :-
  1. Borang Tempahan yang telah lengkap
  2. Salinan kad pengenalan bagi pemilik dan pemohon (jika pemohon bukan pemilik kubur)
  3. Gambar berukuran pasport dua keping
JT
  • JT menerima dokumen permohonan dari pemohon dan cop tarikh terima di dalam borang tempahan.
  • JT menyediakan bil rampai dengan bayaran sebanyak RM 1,500.00 bagi setiap permohonan dan diserahkan kepada pemohon untuk dibuat pembayaran.
Pemohon
  • Pemohon membuat bayaran untuk proses pengkebumian mayat / jenazah dan menyerahkan salinan bayaran Bil Rampai kepada JT.
JT
  • Membuat salinan Bil Rampai untuk rekod jabatan dan menyerahkan keratan borang Permohonan Untuk Tempahan kubur yang telah di sahkan kepada pemohon.
  • Meminta pemohon mengisi surat Aku Janji dan JT membacakan keterangan kandungan surat kepada pemohon.
Pemohon
  • Mengisi surat Aku Janji dengan disaksikan oleh JT .
JT
  • Cop terima surat Aku Janji dan membuat salinan surat tersebut dan simpan sebagai rekod.
  • Menyerahkan keratan borang tempahan kepada pemohon.
  • Memaklumkan kepada penjaga / penyelia kubur berkenaan masa dan tarikh yang bersesuaian untuk melakukan kerja-kerja menggali kubur yang telah ditempah.
Pemohon
  • Pemohon menunjukkan keratan kebenaran kepada penjaga / penyelia tanah perkuburan bagi tujuan rekod dan identifikasi lokasi lot kubur.
Penjaga / Penyelia Kubur
  • Melakukan kerja-kerja menggali kubur seperti yang diarahkan JT
Pemohon
  • Membina konkrit dan menutup lubang kubur sepertimana yang terkandung dalam surat Aku Janji.
  • Sekiranya pemilik telah meninggal, waris akan mengemukakan dokumen tempahan kepada JT untuk tujuan rekod.
JT
  • Merekod permohonan
Pin It

qrcode mphtj.gov.myMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh,
Melaka Darul Azim, Malaysia.

Talian Am 1 : +606 - 232 3773
Talian Am 2 : +606 - 232 2778

e-Mel : admin@mphtj.gov.my

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8:00am - 5:00pm)

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 19 Julai 2024.
01760762
Today: 2

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)