1. Pembayaran menggunakan CEK atas MPHTJ dan hanya terhad kepada 20 AKAUN SAHAJA bagi setiap cek. Sila sertakan SAMPUL BESERTA SETEM untuk tujuan pengeposan semula resit bayaran.
2. Cukai taksiran adalah tanggungjawab anda, elakkan dari harta anda disita.
3. Tidak mendapat bil cukai taksiran bukanlah alasan untuk tidak membayar cukai taksiran. Dapatkan bil cukai anda di https://mphtj.gov.my/index.php/ms/ .
4. Pembayaran melalui pos hendaklah menggunakan cek / kiriman wang pos atas nama MPHTJ dan dialamatkan kepada YANG DIPERTUA Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Sila catatkan no. akaun cukai, nama, no. telefon dan alamat surat menyurat di belakang cek / kirimang wang pos.
5. Tarikh bayaran cukai taksiran setiap tahun bagi penggal pertama (JAN-JUN) adalah PADA/SEBELUM 28 FEBRUARI manakala penggal kedua (JUL - DIS) adalah PADA /SEBELUM 31 OGOS. Caj notis lewat akan dikenakan secara AUTOMATIK selepas akhir bulan FEB / OGOS berkenaan tidak kira sama ada notis-notis tuntutan telah dikeluarkan mengikut peruntukan SEKSYEN 147 (1) Akta 171.
Saluran Pembayaran
Kaunter MPHTJ,Aras G, Melaka Mall | Isnin-Jumaat | 8:00 Pagi- 5:00 Petang (Rehat: Jumaat Kaunter ditutup pada jam 12:15 tengah hari-2:45 petang) |
---|---|---|
Kaunter Pandu Lalu MPHTJ | Isnin-Khamis | 8:30 Pagi- 4:30 Petang (Rehat:Kaunter ditutup pada jam 1:00 Petang 2:00 Petang) |
Jumaat | 8:30 Pagi- 4:30 Petang (Rehat: Jumaat Kaunter ditutup pada jam 12:15 tengah hari-2:45 petang) | |
Kaunter MPHTJ, Aras 5 UTC Jalan Hang Tuah | Isnin-Jumaat | 8:00 Pagi- 7:00 Petang |
Sabtu-Ahad | 8:00 Pagi- 5:00 Petang | |
Kaunter Van Bergerak | ||
Kiosk RNR Kota Fesyen MITC Melaka | Isnin | 9:00 Pagi - 3:30 Petang |
KipMall Bachang | Selasa | 9:00 Pagi - 3:30 Petang |
Kiosk RNR Kota Fesyen MITC Melaka | Rabu | 9:00 Pagi - 3:30 Petang |
KipMall Bachang | Khamis | 9:00 Pagi - 3:30 Petang |
Medan Selera Dato'Demang Hussin Bukit Katil | Jumaat | 9:00 Pagi - 12:00 Tengah hari |
Kiosk Pembayaran Layan Diri MPHTJ | ||
Kiosk Pembayaran Layan Diri MPHTJ | Isnin - Ahad | 6.00 pagi - 11.00 malam |
Pelaksanaan transaksi tanpa tunai (cashless) pada setiap hari Selasa dan Khamis di Kaunter Bayaran MPHTJ, Melaka Mall. Sila aktifkan kad kredit,kad debit atau perbankan atas talian bagi memudahkan urusan pembayaran di kaunter.